Thursday, May 10

Ohhh, puasaku!



Semalam aku diajak puasa. Hihi, kebetulan pula mama ajak puasa. So, okayyyy aku puasa. Pukul 4 pagi bangun. Malasnya nak makan. Minum je lah. Tetibe, ehhhhh ternampak biskut strawberry. Macam mengancam je. Haha, baik aku makan. Nanti dah siang takut kempunan pulak kan. Haha, so itu je lah. Untung lerrr, ada orang sahur makan nasi kan. Haha. Then pagi tuu pergi sekolah. Aku dah bagi tau kawan-kawan aku yang aku puasa. Sembang punye sembang, tetibe si Kimah datang kat aku, hulur coklat malties. Aku nih tgh seronok bercerita time tuu. Amik je lah coklat tuu. Siap cakap "terima kasih!" lagii tuu. Aku amik terus masuk mulut. Laju jee. Tetibe Syasya jerit kat aku "KATA PUASA?!" aku pun, Aaaaaaaaaaaaa terus ludah coklat tuu keluar. Haha, aku tgk coklat tuu. Separuh lag kering okey! itu bermakna, aku tak hisap lg coklat tu. Muehehe, malunya aku. Dah lah dekat perhimpunan. Lastnye, sume tau aku puasa pehtuu makan. Cis cis cis. Haha. Syasya ingat aku tipu dia yang aku kata aku puasa. Tapi, aku lupa yang aku puasa. Aaaaaaaa. Haha. Mane taknya. Aku puasa time org lain tak puasa. Ini bukan bulan puasa. Memang la aku lupa. Aku nih dah lah jenis cepat lupe -____-'' Wuu wuu TT.TT . Sampai ke malam ade je orang kata aku tak kuat iman la, ape la. Aku lupa laaaaaa. Bila diingat balik, lawak juga. Kimah hulur, aku amik, siap cakap terima kasih lagi tuu, kimah yang tak tau aku puasa, dipersalahkan. Hihi. Lepas nih, kalau aku puasa, aku kena tulis kat tangan besar-besar "HARI INI PUASA, TAK BOLEH MAKAN" hewhewhew :3

thanks reading , byeee

Monday, May 7

Time aku excited juga laaa, kau buat spoil! -_-


Semalam kan kan kan. Aku nak post something kat sini. Aku excited gila nak post. Tetibe kan, sebelum aku post tuu, aku terserempak dgn satu 'comment' nih. Jujur aku kata, aku terasa gila dengan comment tu :| so, tak jadi aku nak post. Aku rasa mcm serba salah pun ada, sedih pun ada, bengang takyah cakap la, lagi la ade! Then, nak msg si Nana pun, dia tak on phone, kes merajuk katakannnnn. Aku bukan taknak tweet pasal comment tuu. Cuma aku taknak sebab comment tuu, aku terus takde mood kat twitter. Haha, so aku buat keputusan, ckp je terus kat kawan aku yang sorang nih. Hihi, aku memang selalu cite sume masalah aku kat dia, bg dia pun ada masalah sekali. Haha, jahat tak aku? Tapi dia lg jahat. -_- kelammmmmm. Haha, bila dah cite, okeyyy aku ngaku memang lega gila. Terima kasih tau.

Haaaa, berbalik pada cerita semalam. Aku nak gtau niiiii. Haha, tracksuit putih yg selama nih aku idam-idamkan, aku impi-impikan, dapatttttttttttttttt. Weeeee~ Seronok tau! Haha, lepas nih kalau nak pergi luar negara sekali pun, tracksuit tuu wajib ada dalam list! haha. Serious seronok. Bila balik rumah, aku pakai seluar tuu, aku rasa ada aura. Awesome gila! haha. Disebabkan seronok yang melampau-lampau, aku berlari sorang-sorang dalam rumah tuu. Hihi, adik aku pun kata aku tak betul. Ada aku kisah? Janji dapat tracksuit. Haha, dah lepas nih mama tak kasi beli tracksuit dah. Mama kata, tracksuit aku berlambak -_- banyak lagi yang baru yang tak pakai lagi, tapi nak beli lagi baru. Hihi, sebenarnya aku nak kumpul line yang warna-warni tuuuuu >< Mama niiii. Haha. Lepas nih kalau aku nak beli tracksuit baru, kena guna duit sendiri lah jawabnya. nampak gayanya, aku kena puasa laaa kalau macam nih. Haha.
Sebenarnya aku nak cerita pasal tracksuit yang awesome tuu je. Tak lebih pun. Haha. Byeeeeeeee ^^v

thanks reading , byeee

Sunday, May 6

Mood studyyyyyy, tolong datang T.T



Hari nih aku rasa macam nak study. Wahhh, haha tetiba je. taktau la mana datang semangat nih. Pape jela. Aku on nih pun bukan lama. Umi, g library dgn Rosma rasanya. Seronok ler kome :3 kimah pulak gi Parade dgn Kakak Tiera. Dia beli buku. Almaklum laa~ Orang tuu dah dapat duit catering dia. Haha. Aku pula? Semalam gi Aeon. Aku dapat kasut baru! Haha aku rasa semangat aku belajar tuu dapat dr kasut baru tuu kot. Haha. Semalam adik dapat baju. Aku dgn mama tak sempat sbb petang tuu aku kena gi tuisyen. Tapiiiiii, petang nih turn aku dgn mama pulok shopping. Mueheheh, dah tak rupe org nak exam je aku nih. BTW, jadual exam padat gilooo. Kertas akaun dgn tasawur aku sama dgn kertas Bio and Chemist. Hadoii, pening pale. Orang exam 2 minggu, aku exam 3 minggu. Dahsyat2. Aku cube je laaaaa. 

// Tak sabar nak keluar! Nak beli tracksuit yang aku idam-idamkan tuuuu :3. Nak tracksuit putih macam Rosma dgn Amin! Haha xD

Bye, Assalamualaikum ;)

thanks reading , byeee

Thursday, May 3

Petang khamis punya story



Nasib baik aku ada blog kan? haha td aku update, nih aku update lagi. Dah rupa twitter dah aku rasa, banyak kali update. Tapi, aku kisah ke? Haha aku punya blog, sukahati aku lah.Aku bukan apa. Almaklum lah dapat tidur petang kejap tadi. Hehe, best gile tidur petang rupanya. Dapat mimpi indah je~ whahaha xD. Bangun2, aku lapar. Ahhh, taktau nak makan apa, pergi 7-11 je la. Then dapat pula chocolate ice-blended petang2 panas nih. Ah, sejuk sikit. Haha.
nyam nyam nyam, dap kan kan kan? hahaha. Dah dah dah, cukup. Aku nak cerita kisah dekat sekolah tadi pula. Lawak betul bila cikgu suruh buat spotcheck gula2. Macam mana nak check entah. Takkan nak scan. And bila dah rampas, nak bagi sape makan? Pengawas? LOL. Standart la tuu. Ramai bawa chocolate nak makan time ngantuk. Tapi, betul juga. Kome pun satu, lepas makan, tak reti buang dalam tong sampah. Sudahnya, aku pun tak boleh bawak chocolate dah =='. Haha kebetulan pulak tadi kimah bawak Cadbury bagi aku. Ceh, malaslah aku, aku dapat cadbury. Pulak tuu bukan dapat yang kecik. Yang besar tuu.
Whahaha, pagi2 lagi dapat chocolate. Pandai betul Kimah, bg chocolate time hari khamis. Hari yang sejarah 2masa. whahaha, Aku, Nana, Umi, Rosma, Ecah, Muz, Syasya makan waktu sejarah. memang terbeliak la mata bila dapat makan chocolate. Tak ngantuk lansung! hahaha. So, cikguuuuuu. Bagilah kami bawa chocolate pergi sekolah :3 Haha Ehhhhhhh, wait! Aku dapat lebih satu tau! hahaha. Taraaaaaaaaa!
Hihihi special dok? Aku dapat2 je chocolate nih terus masuk mulut. Alahai, kenapa lah setiap chocolate sedap, dapat makan sesuap je? Haha. Tapi kannnnnn, rasa sedap dia lain macam tau! Maklumlah orang belanja rasa dia mesti lebih sikit kan? Haha. Ehhhhh, nanti dulu! Balik sekolah aku tweet kimah pasal chocolate yang sebiji tuuu. Then dia cakap "chocolate tuu bukan dari aku, pandai2 lah pikir dr sape". Hm, tengah pandai2 pikir lah nih. Aku maleh nak pikir sebenarnya. Aku anggap benda tuu dari Kimah. SHARIFAH HAKIMAH BT SYED OTHMAN. Okayy? Fullstop. Hahaha. Btw kimah, aku wakil umi, rosma and yang lain2 nak cakap SAYANGGGGGGGGGGG KIMAH. Hihi. Tgk nih, sayang kitorang yang bersinar-sinar lagi ikhlas nih.
Muahaha, kalau hang bagi lagi chocolate, tambah2 sayang kitorang kat hang! Whehehe xD
thanks reading , byeee

Universiti Pendidikan Sultan Idris - UPSI (:


Heeee, taktahu nak cakap apa. Hanya mampu upload gambar. Paling penting, besssstttttt!

penutup, budak omeyyy nih touching dgn akuuuuuu. Haha.

thanks reading , byeee