Thursday, May 10

Ohhh, puasaku!



Semalam aku diajak puasa. Hihi, kebetulan pula mama ajak puasa. So, okayyyy aku puasa. Pukul 4 pagi bangun. Malasnya nak makan. Minum je lah. Tetibe, ehhhhh ternampak biskut strawberry. Macam mengancam je. Haha, baik aku makan. Nanti dah siang takut kempunan pulak kan. Haha, so itu je lah. Untung lerrr, ada orang sahur makan nasi kan. Haha. Then pagi tuu pergi sekolah. Aku dah bagi tau kawan-kawan aku yang aku puasa. Sembang punye sembang, tetibe si Kimah datang kat aku, hulur coklat malties. Aku nih tgh seronok bercerita time tuu. Amik je lah coklat tuu. Siap cakap "terima kasih!" lagii tuu. Aku amik terus masuk mulut. Laju jee. Tetibe Syasya jerit kat aku "KATA PUASA?!" aku pun, Aaaaaaaaaaaaa terus ludah coklat tuu keluar. Haha, aku tgk coklat tuu. Separuh lag kering okey! itu bermakna, aku tak hisap lg coklat tu. Muehehe, malunya aku. Dah lah dekat perhimpunan. Lastnye, sume tau aku puasa pehtuu makan. Cis cis cis. Haha. Syasya ingat aku tipu dia yang aku kata aku puasa. Tapi, aku lupa yang aku puasa. Aaaaaaaa. Haha. Mane taknya. Aku puasa time org lain tak puasa. Ini bukan bulan puasa. Memang la aku lupa. Aku nih dah lah jenis cepat lupe -____-'' Wuu wuu TT.TT . Sampai ke malam ade je orang kata aku tak kuat iman la, ape la. Aku lupa laaaaaa. Bila diingat balik, lawak juga. Kimah hulur, aku amik, siap cakap terima kasih lagi tuu, kimah yang tak tau aku puasa, dipersalahkan. Hihi. Lepas nih, kalau aku puasa, aku kena tulis kat tangan besar-besar "HARI INI PUASA, TAK BOLEH MAKAN" hewhewhew :3

thanks reading , byeee

No comments:

Post a Comment