Monday, August 27

Tak baik bermasam muka kan?

Hai, semua. 
Tak sangka benda macam ni boleh jadi. Kadang-kadang benda yang kita sangka tak akan terjadi, benda tuu yang akan terjadi. Adakalanya sedih, adakalanya gembira. Tapi, cerita ni agak sadesssss. 
Persahabatan tuu indahkan? :') Mempunyai kenangan bersama kawan-kawan merupakan satu perkara yang sangat seronok. Tak kisah lah kenangan ape pun. Teringat pulak kat batch 3RK'11 :') 


Mula-mula kenal, dalam kelas buat puak masing-masing. Kelas 1RK'09 time tuu ada tiga row meja. Row pertama, budak-budak sekolah jelapang. Row kedua, budak-budak sekolah jelapang campur dengan budak-budak sekolah jati. Row tiga, budak-budak sekolah jati. Woooo~ Haha, kitorang semua bermusuh time tuu >.< nama je satu kelas, tapi kitorang pernah bergaduh tauuuuu. Sekolah Jati vs Sekolah Jelapang. Hehe, dah lah lelaki 8 orang je kalau tak silap time tuu. Haha sikit gilaaaa.
Apa yang merapatkan kami, kalau tak silap ada satu hari tuu, dua-dua puak ni tengok artis kpop punya gambar. Then, mengaku lah artis ni deme punya lah ape lah, haha. Mula-mula tuu macam berebutlah jugak. Then, lama-lama tuu macam mane entah, boleh share2 pulak. Haha, time form one tuu je lah yang amni ingat. Start form two, kitorang dah mula rapatt. Tapi tak semua la. Bayangkan.. Waktu form two, baru amni kenal syasya dengan nana. haha waktu form one amni tak sedar pun kehadiran diorang dekat 1RK'09 hehehe, so sorry :3 hah, hujung tahun form two, waktu tuu cuti akhir tahun, semua menangis sebab tak nak cuti. Nanti rindu kawan. Sangat sedihh, dan waktu tuu baru lah kitorang sedar yang persahabatan kitorang dah makin erat, and we love each other. *kelas kitorang ada 8 orang je pelajar lelaki. How sweet ~ hihi. 
Naik je form three, kitorang sangat menyayangi antara satu sama lain. Tolong-menolong, mendengar masalah. Andd yesssss, kitorang tak pernah rahsiakan apa-apa antara satu sama lain. Tak kisah lah rahsia apa sekalipun, amni minat kat orang itu ke, orang ini ke, satu kelas tahu rahsia tuu. Hihi, walaupun diorang selalu menyakat kat dalam kelas, tapi diorang tak pernah bocor rahsia. Whehehe~ Omeyynya mereka  waktu yang agak terharu bila dah nak dekat pmr. wooo, time tuu belajar sama-sama. apa yang amni tak faham, kalau boleh satu kelas tuu nak ajarkan amni. terharu sangat sangat sangat :') 
Persahabatan tak selalunya indah. Selama tiga tahun kitorang berkawan, ada juga rasa tak puas hati sesama sendiri, marah, gaduh. Kadang2 berlarutan sampai berbulan-bulan. Tapiiii, apa yang tak puas hati, kitorng akan cakap depan2. Takde lah semua terpendam jee. Paling penting, pasti ada yang akan bertoleransi. Persahabatan pun macam percintaan juga, ada banyak adegan. Menangis suka duka gelak dan tawa. Miss that moment. Now, eventhough kami dah berpecah, maksud amni yang pergi asrama ape semua tuu, tapi, kitorang still contact each other. Bila cuti, keluar sesama. Amni sayang sangat persahabatan ni :')
//Jangan lah gaduh, amni tahu, semua orang sayangkan persahabatan yang telah dijalinkan, right? So, amni harap korang akan berbaik semula. Tak best lah tengok korang bermasam muka :(


P/s: GOODLUCK UNTUK SENIOR-SENIOR YANG NAK AMIK TRIAL SPM ESOK. BEST OF LUCK! SEMOGA MENCAPAI APA YANG DIINGINKAN. AMIN... *goodluck, conan ;) wink wink* hehe



thanks reading , byeee

No comments:

Post a Comment